Nah...ni cara tuk bahagia lak..atau dalam erti kata lain cara untuk gembirakan hati:
1. Pertama
Jgn ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kwn2, bos mahupun guru dan pensyarah.
Perasaan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kamu. Benci itu ubarat "api dalam
sekam" yang akan membangkitkan dendam dan seterusnyer satu pergaduhan.
2. Kedua
Jgn bimbang.Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berasa dalam keadaan serba salah cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demilian. Don't worry be happy!
3. Ketiga
Hidup secara sederhana adalah tuntutan agama kita. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak populartetapi sekurang kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadim pilihlah hidup serba sedarhana dan bersyukur kerana masih ramai yang menderita dan sengsara di serata dunia.
4. Keempat
Jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu.Belajar lah menerima kenyataan biarpun kecik tapi bermakna dan jangan .
terlalu mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi miliki kamu.
5. Kelima
Banyakkn memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihat ke jalan Allah.
6. Keenam
Sentiasa tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekat. Dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibiar akan membautkan wajah anda nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkapkan penampilan anda dengan senyuman.
7. Ketujuh
Perlu ada kawan rapat. Seseorang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan. Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kamu duka, memaph tangamu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walalupun dia tahu hati kamu terluka dan menghabiskan hujung minggu bersama-sama.Itulah yang diperlukan oleh semua ornag, insan yang dikategorikan sebagai "Good Friend".
No comments:
Post a Comment